UNIT PERHUBUNGAN DAN PENDAFTARAN
MOHD NOOR LEZA BIN MANSOR
PENOLONG PPD SIASATAN DAN ADUAN
FUNGSI & TUGAS
1.1 PENGURUSAN ADUAN
1.1.1 Menjalankan siasatan terhadap aduan lisan/ bertulis /laporan akhbar melibatkan murid dan warga pendidikan dan menyediakan laporan siasatan, dan
1.1.2 Menyebarkan borang analisa maklumbalas pelanggan (pelanggan/sekolah/kakitangan) dan menganalisa maklumbalas pelanggan tersebut.
1.2 KEBENARAN KUTIPAN WANG,MENJALANKAN AKTIVITI, LAWATAN DAN
PELANCONGAN, LOGO, LENCANA, LAGU SEKOLAH DAN YANG BERKAITAN
1.2.1 Meluluskan permohonan aktiviti sekolah dan PIBG yang melibatkan kutipan wang,
1.2.2 Memproses dan memanjangkan ke JPS permohonan menambah dan mengurangkan
kadar bayaran sumbangan sekolah,
1.2.3 Memproses dan meluluskan permohonan pelancongan, lawatan dan lawatan luar negeri
murid,
1.2.4 Memproses dan memanjangkan ke JPS permohonan menggunakan logo,bendera , uniform, lencana dan lagu sekolah
1.2.5 Memproses dan meluluskan permohonan menjemput penceramah,
1.2.6 Memproses dan memanjangkan ke JPS permohonan penggunaan tenaga pakar luar,
1.2.7 Memproses dan meluluskan permohonan menjalankan penggambaran,
1.2.8 Memproses dan memanjangkan ke JPS permohonan menerbitkan majalah sekolah,
1.2.9 Memproses dan meluluskan permohonan menjalankan kajian di sekolah-sekolah, dan
1.2.10 Memproses dan meluluskan permohonan menggunakan premis/bangunan dan kawasan
sekolah.
1.2.11 Memproses dan meluluskan aktivit agensi luar
1.2.12 Memproses dan memanjangkan permohonan jemputan orang kenamaan ke JPS
1.2.13 Penyelarasan Petempatan Latihan Industri di PPD1.2.14 Penyelarasan lawatan pelajar dari luar Negara
1.3 PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN MURID WARGA ASING
1.4 PENDAFTARAN DAN PENYELIAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
1.4.1 Memproses, melulus permohonan menjadi ahli PIBG sekolah bagi individu yang tiada anak di sekolah, dan
1.4.2 Memproses dan menghantar permohonan pendaftaran PIBG ke JPS.
1.5 PENGURUSAN AUDIT
1.5.1 Pengurusan Audit Dalam,
1.5.2 Pengurusan Audit SIRIM BPSH, dan
1.5.3 Pengurusan Audit SIRIM.
Merancang, menyelaras dan melaksanakan proses pengauditan peringkat PPD.
1.6 PEMANTAUAN UNIT PENGURUSAN SEKOLAH
Melaksanakan pemantauan dan menyediakan laporan pemantauan serta memberikan bimbingan kepada pihak sekolah terhadap hasil pemantauan
2 PROFESIONALME DAN KEPAKARAN
2.1 Jurulatih Utama Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti Dan Sektor Swasta Di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
2.1.1 Melaksana latihan Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti Dan Sektor Swasta di peringkat Negeri,
2.1.2 Memantau dan melapor pelaksanaan Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti Dan Sektor Swasta di peringkat Negeri, dan
2.1.3 Merancang dan memastikan tindak susul dijalankan dengan berkesan.
UNIT PENGURUSAN SEKOLAH
MOHD ASRI BIN HJ. MAT ZAIN
PENYELIA SEKOLAH RENDAH(MURID)
FUNGSI & TUGAS
Bertanggungjawab kepada Pengarah Pelajaran, Timbalan Pengarah Pelajaran dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah/Akademik dan Ketua Unit atas perkara berikut :
1.1 Menguruskan proses permohonan penempatan/pengesahan dan pertukaran murid tahun satu secara online.
1.2 Membantu mengurus permohonan pertukaran sama aliran dan pertukaran biasa murid sekolah rendah.
1.3 Membantu mengurus permohonan bersekolah semula,bersekolah awal dan permohonan pengecualian pendidikan wajib murid sekolah rendah.
1.4 Membantu mengumpul dan mengurus data murid sekolah rendah( enrolmen dan kelas),data murid cicir, data murid sekolah asli dan data murid SKM.
1.5 Membantu memantau dan menjalankan siasatan aduan murid sekolah rendah, murid bukan warganegara, murid cicir dan pemantauan susulan 'Home Schooling'
1.6 Menjalankan tugas yang diarah oleh Pengarah Pelajaran, Timbalan Pengarah Pelajaran, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Ketua Unit dari semasa ke semasa.