PENGENALAN

     Pengenalan Organisasi
         
PUAN MAIMUNAH BINTI MUSTAFFA
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Langat

TINTA PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA LANGAT


Asslamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia
Saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada Jawatankuasa blog Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat ( PPDKL ) yang telah berjaya membina dan membuat penambahbaikan terhadap laman web rasmi ini. Laman web merupakan wahana yang ampuh yang dapat digunakan untuk memperoleh pelbagai informasi.
Sehubungan dengan itu, saya berharap agar warga pendidik khususnya di daerah Kuala Langat dapat memanfaatkan apa-apa jua maklumat yang berkaitan bagi meningkatkan  lagi pengetahuan demi memantapkan Pengajaran & Pembelajaran di sekolah masing-masing.
Selanjutnya,  penggunaan e-mail yang meyeluruh dalam kalangan warga pendidik amat bersesuaian. Oleh hal yang demikian,  ia akan dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga warga pendidik. Sewajarnya setiap warga pendidik mempunyai akaun email yang aktif.
Akhir kata, saya mendoakan agar laman web rasmi PPD Kuala Langat akan terus menongkah arus dunia maya yang tiada sempadan. Sekiranya kita tidak seiring dengan arus kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, kita akan terus ketinggalan dan ditinggalkan.

Sekian dan salam hormat
           

SEJARAH 

Pada 1 Julai 1982 Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat dan Sepang (PPDKLS) ditubuhkan.Bangunan asal pejabat ini ialah Sekolah Kebangsaan Banting, Jalan Jugra (sekarang Jalan Sultan Abdul Samad).

              Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat dan Sepang di tubuhkan di bawah Education Ordinance 1950.Pada 1 November 1991 Pejabat Pelajaran Daerah Cawangan Sepang telah dibuka di bangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Salak. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat (PPDKL) berpisah dengan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang (PPDS) pada 1 Februari 2002.

              Pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah dengan dibantu oleh 4 Penolong Pegawai Pelajaran Daerah. Unit Kualiti dan Dokumentasi ditubuhkan pada Tahun 2005 untuk memantapkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di PPD Kuala Langat.

              PPD Kuala Langat telah mendaftar untuk persijilan MS ISO 9001:2000 (SIRIM) pada 23 Mac 2006, menjalani Audit Kecukupan (7 Julai 2006) dan Audit Pematuhan (18 &19 Oktober 2006) seterusnya mendapat pengiktirafan persijilan MS ISO 9001:2000 oleh SIRIM.


               Pada 18 November 2006 Visi, Misi, Dasar Kualiti dipinda dan Nama Blok, bilik mesyuarat diberi Nama berdasarkan sejarah nama tempat di Daerah Kuala Langat


        Mantan PPD 
     Tuan Haji Sajari Bin Sujak
1982-1988


  
 Tuan Haji Alias Mohammed Bin Abd.Ghani
    1988-1993



Tuan Haji Abd.Raof Bin Hussin
 1993-1995

En Mokhtar Bin Haji Taib


1995-2000

  
Tuan Haji Mokhtar Bin Ahmad
2000-2003

Puan Hajah Jariah Binti Napiah
   2003-2004

  Puan Hajah Saliah Binti Hj. Ahmad
 2004-2006


   Puan Hajah Che Muning Binti Mohd. Yusoff AMN
       2006-2007


     En Mohd Salleh Bin Mohd Kassim
2007-2008

Tuan Haji Talib Bin Hamid
2008-2012


Puan Hajah Foziah Binti Haji Mohd Azahari
2012-2017